SOALAN OBJEKTIF

kegiatan mencari sarang burung di kawasan gua.
1.Apakah tujuan penduduk kerajaan Agraria menjalankan
kegiatan seperti di atas?
 A.Perhiasan rumah
 B.Ubatan traditional
 C.Sara diri
 D.Perdagangan
  • Ban Koa
  • Lembah Tembeling
  • Gua Sireh
  • 2.Apakah jumpaan penting yang dijumpai di tapak-tapak arkeologi di atas?
     A.Gendang dongson
     B.Arca amaravati
     C.Manik
     D.Sekam bijih padi


    3.Raja Indravarman I merupakan raja bagi kerajaan Angkor.
    Apakah sumbangan penting beliau kepada kerajaan Angkor?
     A.Pemerintah yang berjaya membawa kejayaan kepada kerajaan Angkor
     B.Kejayaan membina Candi Angkor Wat
     C.Mengarahkan pembinaan sistem baray
     D.Memilik negarakan kegiatan tanaman padi


  • Tasik Tonle Sap
  • 4.Tasik di atas amat penting pada kemajuan kerajaan Angkor.Apakah kepentingan tasik tersebut
     I.Membekalakan sumber air minuman
     II.Membekalkan sumber protein
     III.Sumber pendapatan kepada penduduk tempatan
     IV.Sumber air untuk pertanian

     A.I,II,danIII
     B.I,II,danIV
     C.I,III dan IV
     D.II,III,danIV

  • Suvarnadvipa
  • Suvarnabbhumi
  • 5.Gelaran di atas telah diberikan kepada Tanah Melayu oleh pedagang dari India.Apakah maksud gelaran tersebut?
     A.Pengaruh agama Hindu dan Buddha.
     B.Kaya dengan bijih timah dan emas.
     C.Ramai pedagang India di Tanah Melayu
     D.Orang India mengetahui kedudukan Tanah Melayu

    6.Bagaimanakah gunung Jerai telah menjadikan kerajaan Kedah Tua berkembang dengan pesat?
     A.Permintaan yang tinggi untuk sarang burung
     B.Menjalankan aktiviti penanaman padi huma
     C.Sebagai panduan pedagang keluar masuk ke kawasan pelabuhan
     D.Menarik lebih ramai golangan pedagang

    7.Apakah sebab sebab yang membolehkan Bahasa Melayu menjadi bahasa Lingua Franca di Asia Tenggara
     I.Orang Melayu merupakan pelaut dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara
     II.Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan segala kemudahan.
     III.Terletak di kedudukan yang strategik
     IV.Wujud pusat penterjemahan bahasa asing

     A.I,IIdanIII
     B.I,IIdan IV
     C.I,III dan IV
     D.II,III dan IV

  • Atisa
  • I-tsing
  • 8.Apakah persamaan antara tokoh Agama Buddha di atas?
     A.Tokoh Agama Buddha Tibet
     B.Tokoh Agama Buddha Srivijaya
     C.Pelajar Agama Buddha di Srivijaya
     D.Mempopularkan Srivijaya sebagai pusat pengajaran Agama Buddha

  • Candi Borobudur
  • Candi Angkor Wat
  • 9.Apakah fungsi candi di atas kepada masyarakat zaman lampau?
     I.Rumah ibadat
     II.Menyimpan patung dewa
     III.Tempat menyimpan abu mayat raja dan keluarganya
     IV.Tempat menyimpan khazanah kerajaan

     A.I,IIdanIII
     B.I,II,danIV
     C.I,III,danIV
     D.II,IIIdan IV

  • Angkor Wat
  • Prambanam
  • Dieng
  • 10.Apakah tujuan raja pada kerajaan awal membina candi?
     A.Menjadikan raja berkuasa seluruh alam.
     B.Menjadikannya sebagai pusat pemerintahan.
     C.Mewujudkan kompleks kota yang indah.
     D.Menjadikannya sebagai pusat kegiatan agama.


    SOALAN STRUKTUR

    1.Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara terbahagi kepada Kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim
     (a)Apakah yang dimaksudkan kerajaan Agraria?(3m)
     (b)Berikan tiga contoh kerajaan Agraria(3m)
     (c)Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan Maritim(2m)
     (d)Berikan dua contoh kerajaan Maritim(2m)

    2.Kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut kemudiannya berkembang menjadi perkampungan nelayan.apabila kegiatan ekonomi mereka melebihi keperluan masyarakat setempat,lebihan ini diperdagangkan di tempat tersebut perkembangan seterusnya telah menjadi kawasan itu pelabuhan pembekal.
     (a)Namakan empat jenis barangan bekalan hasil tempatan(4m)
     (b)Namakan 3 pelabuhan pembekal yang terlibat dalam kegiatan ini(3m)
     (c)Kenapakah pelabuhan Kedah Tua dan Srivijaya berjaya menjadi kawasan perdagangan yang amat strategik(3m)


    3.Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi pentadbiran,hubungan luar,ketenteraan,dan khazanah negara.Perintah raja menjadi undang2 yang wajib dilaksanakan.Sesiapa yang melanggar perintah bermakna mereka menderhaka dan tidak diampunkan.
     (a)Kenapakah rakyat takut menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil.(2m)
     (b)Bagaimanakah wujudnya unsur2 mitos dan lagenda tentang asal usul raja dan apakah tujuannya?(4m)
     (c)Apakah tujuan diadakan pelbagai adat istiadat misalnya spt dalam pertabalan diraja(3m)


    SOALAN ESEI

    1.Kerajaan Maritim adalah sebuah kerajaan yang menjalankan kegiatan perdagangan
     (a)Huraikan faktor-faktor yang mendorong munculnya Kerajaan Maritim di Asia Tenggara?(10m)
     (b)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,buktikan bahawa kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim dikatakan saling berhubungan(10m)


    2.Penduduk Asia Tenggara dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam ilmu pelayaran.
     (a)Nyatakan bagaimanakah penduduk maritim mampu menjadi seorang pelaut yang handal?(8m)
     (b)Bagaimanakah kerajaan Srivijaya berjaya menjadikan kerajaannya sebagai sebuah kerajaan yang kuat di rantau Asia Tenggara?(10m)

    |back|

    |JAWAPAN|